Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan rasa syukur selepas beliau sekali lagi dilantik memegang jawatan itu dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Jelasnya, proses peralihan berlaku dengan lancar selain pemimpin komponen PN menunjukkan sifat berlapang dada ekoran keputusan dibuat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.