Mahkamah Persekutuan hari ini menolak kebenaran kepada Majlis Agama Islam Selangor dan Ketua Pendaftar Muallaf Selangor untuk merayu supaya status agama Islam lima kanak-kanak dikembalikan.
Rayuan kedua-dua agensi agama negeri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2020 yang membenarkan tindakan sivil oleh ibu bukan Islam kanak-kanak itu untuk membatalkan penukaran agama yang dimulakan oleh bapa mualaf mereka.