Mahkamah Rayuan hari ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama Islam tiga anak mereka oleh bapa mualaf, Muhd Riduan Abdullah yang dahulu dikenali sebagai K. Patmanathan
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Balia Yusof Wahi membuat keputusan majoriti itu bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh tidak mempunyai bidang kuasa mendengar pertukaran agama anak guru tadika M Indira Gandhi oleh bekas suaminya itu.