KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh melonjak kepada 15,000 kes sehari pada Jan dan Feb jika langkah pencegahan membendung varian Omicron seperti penangguhan sementara ibadah umrah tidak dilaksanakan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, walaupun gejala kes varian Omicron lebih ringan berbanding varian Delta, peningkatan kes akan membawa kepada kadar kemasukan lebih tinggi ke hospital.