Kerajaan tanggung maksimum RM150 sehari bagi kuarantin hotel

KiniTV 2020-04-07

Views 498

Kerajaan hanya akan membiayai RM150 sehari bagi mereka yang menjalani kuarantin di 45 hotel yang ditetapkan sebagai pusat kuarantin, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga menegaskan bahawa individu yang menjalani kuarantin wajib tidak boleh memilih hotel yang di luar senarai hotel yang diwartakan atas tujuan keselamatan dan pematuhan prosedur operasi piawai yang telah ditetapkan kerajaan.

Pada sidang akhbar hari ini, Ismail menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial yang menuduh kerajaan menyediakan pusat kuarantin bersifat dua darjat.

Share This Video


Download

  
Report form