Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan, sebanyak 14 peratus daripada 122 jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima sebarang vaksinasi Covid-19.
Khairy berkata, kementerian sedang menyiasat bagaimana ejen-ejen pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah membenarkan jemaah-jemaah yang tidak divaksin berlepas ke Arab Saudi.