'Kenapa Najib tak bayar dahulu denda kes SRC?' - Khalid Samad

KiniTV 2021-12-09

Views 1.4K

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Khalid Samad mempersoalkan bekas perdana menteri Najib Razak tidak membayar denda RM210 juta terlebih dahulu walaupun sedang mengemukakan rayuan di Mahmakah Persekutuan.

Katanya mengikut kefahamannya, hukuman penjara boleh ditangguhkan namun denda harus dibayar dan wang itu boleh dipulangkan kembali sekiranya Najib didapati tidak bersalah di akhir perbicaraan kes SRC International.

Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya sehingga rayuan di dengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Share This Video


Download

  
Report form