Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan membuat tangkapan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.
Dalam satu kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB, tangkapan tersebut dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta Kuala Lumpur hari ini.
Najib akan dituduh pada esok, 4 Julai 2018 pada 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta.