Dewan Rakyat sedikit tegang hari ini apabila Dr Mahathir Mohamad (Pejuang - Langkawi) mempersoalkan peruntukan sekitar RM100 juta bagi pembinaan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz bagaimanapun
mencadangkan agar soalan itu dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri berikutan perkara itu di bawah bidang kuasa jabatan tersebut.
Beliau juga menjelaskan, permohonan Najib dibuat selepas pembentangan Bajet 2022 dan sebab itu ia tidak dimasukkan dalam pembentangan baru-baru ini.