'Bila Dr M nak serah jawatan PM pada Anwar?'

KiniTV 2019-06-14

Views 17.9K

Dr Mahathir Mohamad wajar meletakkan masa berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Otai Reformis 1998 Dr Idris Ahmad.

Kata Dr Idris, ketidaktentuan peralihan kuasa ini menjadi polimek di kalangan rakyat dan menjejas kepercayaan pelaburan asing untuk melabur di negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Warung Amjal, Bangsar hari ini.

Jelasnya, perkara itu juga menimbulkan rasa curiga di kalangan pemimpin Pakatan Harapan terhadap keikhlasan Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatan tersebut.

Kumpulan itu juga turut menolak pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Share This Video


Download

  
Report form