Teresa Kok (PH - Seputeh) semalam mendakwa kerajaan menekan pengeluar wiski Timah untuk menukar nama produknya ketika lesen syarikat itu tamat tempoh dan perlu diperbaharui.
Kok juga mendakwa bahawa lesen pengilangan untuk menghasilkan wiski Timah telah tamat tempoh akhir bulan lalu, tetapi kerajaan tidak meluluskan pembaharuannya sehingga kini.