Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said berkata, pembukaan semula Parlimen akan membantu kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19 dengan meningkatkan pemahaman rakyat mengenai dasar berkaitan wabak itu serta kepercayaan mereka terhadap kerajaan.
Webinar yang bertajuk 'Mengapa Parlimen Perlu Bersidang Semasa Covid-19' dianjurkan bersama oleh pengawas pilihan raya Bersih dan Sinar Harian. Selain Azalina, ahli panel lain adalah Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan dimudahcarakan oleh penganalisis politik Wong Chin Huat.
Sumber video: https://fb.watch/5RmZDgMKEq/