'Membimbangkan' - PAC dedah k'jaan guna pinjaman baru bayar hutang negara

KiniTV 2021-10-28

Views 1.1K

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengambil perhatian berkenaan dengan sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu Kerajaan digunakan hanya untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi tahun 2020.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata jumlah ini meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding dengan jumlah RM82.723 bilion pada tahun 2019.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=7NkWU-WziZY

Share This Video


Download

  
Report form