Boustead terpaksa guna wang LCS bayar hutang lapuk - Bos LTAT

KiniTV 2022-08-10

Views 1.3K

Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) terpaksa menggunakan sebahagian dana daripada perolehan kapal tempur pesisir (LCS) untuk membayar hutang lapuk projek lain.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman.

Nazim dalam satu kenyataan menjelaskan ini kerana Boustead Holdings Bhd terpaksa pada satu ketika mengambil alih PSC Industries Bhd yang dibebani hutang bank.

Share This Video


Download

  
Report form