Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen menegaskan negara ini tidak sama sekali akan tunduk terhadap tekanan dari China.
Malah, pemimpin itu berkata, Taiwan akan terus meningkatkan pertahanannya bagi memastikan tiada mana-mana pihak memaksa wilayah tersebut menerima pilihan ditetapkan China yang tidak menawarkan kebebasan mahupun demokrasi.
Berucap sempena sambutan Hari kebangsaan Taiwan, Ing-wen berkata, beliau berharap dapat meredakan ketegangan di Selat Taiwan.
Laporan oleh Reuters.