Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mahu semua wakil rakyat membuat pilihan sama ada untuk berkhidmat kepada kehendak rakyat yang memilih mereka ataupun tunduk bersama kepimpinan parti.
Berucap semasa sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong, katanya kuasa Dewan Rakyat kini beranjak kepada kepimpinan parti politik dan orang perseorangan.
Ini, katanya, mengancam ikrar wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.