Azalina Othman Said (BN-Pengerang) meminta kerajaan berlaku adil dalam isu hak kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing.
Bekas menteri undang-undang itu mempersoalkan mengapa kerajaan masih bertegas untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kewarganegaraan automatik oleh golongan tersebut.