'Saya tak letak jawatan, ahli parlimen PN yang tak faham perlembagaan'

KiniTV 2020-08-13

Views 21

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak meletakkan jawatan ketika krisis politik yang melanda negara susulan Langkah Sheraton yang menyaksikan wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Harapan meninggalkan gabungan itu dan beralih sokongan.

Katanya, beliau tidak boleh lagi menyandang jawatan Perdana Menteri apabila PH sudah tidak lagi menjadi kerajaan susulan Bersatu keluar daripada gabungan itu.

"Jadi macam mana saya nak letak jawatan lagi, saya dah tak ada jawatan?

Ini saya fikir payah nak difaham, diulang perkara ini berkali-kali. Macam tak boleh dengar ke, tak tahulah."

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Hasbulllah Osman (BN-Gerik) mengenai usul Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020) di Dewan Rakyat hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form