Kos menunaikan haji dijangka meningkat disebabkan kadar inflasi serta perkembangan terkini peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP) susulan situasi Covid-19.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata ia termasuk ujian PCR dan suntikan vaksin untuk memasuki Arab Saudi, penjarakan fizikal di dalam bas, bilik penginapan serta khemah semasa menunaikan ibadah itu.