Prosedur operasi standard (SOP) bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka akan mula diperketatkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata ini merupakan kemungkinan keputusan yang akan dibuat mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok.
Ismail mengulas sekiranya SOP PKPB perlu dilihat semula memandangkan kebanyakan kawasan PKPB di Selangor yang pada awalnya berada dalam zon hijau kini bertukar merah, susulan peningkatan kes Covid-19.