Penerima vaksin jenis Cansino mungkin memerlukan dos penggalak selepas enam bulan menerima vaksin tunggal itu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bekalan bagi vaksin Cansino mencukupi memandangkan vaksin itu sudah mempunyai kilang di negara ini.
Beliau berkata demikian selepas melawat SMK Putrajaya Presint 8(1) yang dijadikan PPV sementara untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun.