Pengarah Kanan Pengurusan Pengawalseliaan Luar Negara Sinovac, Weining Meng berkata tahap antibodi akan mulai berkurangan selepas enam hingga lapan bulan mendapat vaksin lengkap.
Katanya dengan mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19, tahap antibodi meningkat sebanyak 20 kali ganda bagi penerima berusia 18 hingga 59 tahun.
Justeru, dia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 terutamanya golongan berisiko tinggi.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=7nFcIaRyiYQ