Saman fitnah Anwar: ‘Bicara rayuan KJ perlu diteruskan walau apa berlaku’

KiniTV 2021-09-17

Views 2

Mahkamah Rayuan membuat teguran terhadap permohonan pasukan peguam Khairy Jamaluddin untuk menangguhkan rayuannya - yang sekian lama tertangguh - terhadap saman fitnah yang difailkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Lee Swee Seng yang mempengerusikan panel tiga hakim mengingatkan peguam menteri kesihatan itu, Sarah Malini Abishegam bahawa pihaknya seharusnya menyediakan peguam lain untuk penghujahan jika ketua pasukan pembelaan kurang sihat.

Sarah sebelum itu memohon penangguhan susulan ketua pasukan pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat menghadiri prosiding dalam talian hari ini kerana kurang sihat.

Share This Video


Download

  
Report form