Bekas perdana menteri Najib Razak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli parlimen Kangar, Amin Ahmad dan pembantu Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz.
Najib mengumumkan perkara itu selepas dituduh menulis "selamat jalan" di media sosial ketika musuh politiknya Dr Mahathir Mohamad mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).