Kementerian Kesihatan telah melancarkan sebuah laman web baru yang dinamakan CovidNow, bagi menyediakan data Covid-19 terperinci yang lebih mudah difahami kepada orang ramai.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, laman web baru itu akan mengemaskini laporan harian Covid-19 pada jam 11:59pm setiap hari.