KKM- Tiada bukti pelindung muka berkesan, tapi lebih baik daripada tiada apa

KiniTV 2020-08-10

Views 55

Tidak seperti topeng muka, belum ada bukti klinikal bahawa perisai muka berkesan melawan penyebaran Covid-19, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa menggunakan pelindung muka adalah lebih baik daripada tidak menutup muka sama sekali.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengatakan Kementerian Kesihatan telah diarahkan untuk mengkaji alternatif kepada penggunaan topeng muka pakai buang di sekolah.

Share This Video


Download

  
Report form