Jangan memilih, semua vaksin yang dilulus akan berkesan - KKM

KiniTV 2021-02-19

Views 312

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlalu memilih tentang vaksin Covid-19 mana yang akan diterima kerana semua vaksin yang diluluskan dapat mengawal virus itu dengan berkesan.

Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan Dr Kalaiarasu Peariasamy menasihatkan orang ramai agar tidak memilih untuk menunggu sehingga vaksin pilihan mereka tersedia, meskipun mereka harus mendapatkannya dari sektor swasta.

Dr Kalaiarasu berkata demikian dalam sesi taklimat Kementerian Kesihatan dengan media melalui sidang video dalam talian, semalam.

Share This Video


Download

  
Report form