Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata kebanyakan menteri yang melanggar banyak prosedur operasi standard (SOP) adalah dari parti Islam itu sendiri.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga mengkritik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan beliau membabitkan penggunaan kontena sejuk beku untuk mayat Covid-19 dalam satu sidang media pada Jumaat.
Mat Sabu berkata jenaka itu amat menyedihkan kerana beliau mengerti bagaimana perasaan kehilangan individu akibat Covid-19
Sumber video: https://www.facebook.com/amanahnegara/videos/548576249521233