Di tengah-tengah desakan oleh Amanah dan DAP untuk 'anjakan politik' atau 'gabungan besar’, Presiden PKR Anwar Ibrahim percaya situasi masih lagi baik dalam gabungan Pakatan Harapan.
Bercakap kepada pemberita di Alor Setar hari ini, Anwar menyatakan beliau telah pun mendengar penjelasan daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli akar umbi parti di Alor Setar, Kedah.