Ahli-ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan kerajaan yang membatalkan semua ordinan darurat tanpa melalui proses perbahasan dan pengundian di Dewan Rakyat.
Menurut mereka, ia bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa ordinan darurat perlu dibahaskan dalam sidang khas Parlimen kali ini.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan menjelaskan, kerajaan persekutuan sudah 'membatalkan' semua peraturan ordinan darurat.