Bukan semua pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang akan terlibat dalam inisiatif tanpa janji temu yang akan bermula Ogos ini, kata Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF).
Kenyataan CITF itu bagi menyangkal mesej tular yang menyenaraikan 56 PPV didakwa boleh dikunjungi orang ramai, tanpa membuat sebarang janji temu suntikan vaksin.