'Sindiket judi Euro 2020 bernilai RM19 juta tumpas, 51 individu ditahan'

KiniTV 2021-06-28

Views 93

Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pertaruhan bola sepak Euro 2020 bernilai RM19 juta di Johor, bermula 10 Jun hingga Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, hasilnya 51 individu yang dipercayai bertindak sebagai ejen atau 'bookie' kepada sindiket pertaruhan itu ditahan dalam 40 serbuan yang dijalankan.

Katanya, beberapa pasukan khas di peringkat negeri dan daerah digerakkan untuk memantau, mengumpul maklumat risikan dan menjalankan serbuan serta pemeriksaan terhadap kegiatan berkenaan.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/194159206062823

Share This Video


Download

  
Report form