Sindiket seludup dadah dari Thailand tumpas, RM3.3 juta ganja dirampas

KiniTV 2022-03-28

Views 1

Polis menahan empat lelaki dan merampas dadah jenis ganja seberat 1.33 tan bernilai kira-kira RM3.33 juta menerusi empat serbuan berasingan di sekitar Selangor, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kegiatan sindiket dipercayai baru mula 'berjinak' dengan penyeludupan dadah jenis ganja dari Thailand mulai Januari lalu.

Modus operandi yang digunaan adalah membawa masuk bekalan dadah dari Thailand melalui laluan tikus untuk dipasarkan di sekitar Selangor dan Johor.

Sumber video: https://www.facebook.com/jsjnpdrm/videos/793035318343028/

Share This Video


Download

  
Report form