Semua aktiviti sosial termasuk pergerakan rentas negeri, acara sukan dan penganjuran majlis sosial dapat dilakukan selepas negara mencapai imuniti kelompok seawal November nanti, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dalam perutusan khas secara langsung hari ini, beliau berkata kejayaan negara mencapai imuniti kelompok bergantung kepada berapa ramai rakyat telah menerima suntikan vaksin.