Ketidakstabilan politik dan ekonomi yang berlaku hari ini adalah akibat tindakan rakyat yang mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lalu, begitu kata ahli parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin.
Ketika ditemui di PWTC hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ini juga berlaku kerana pengundi-pengundi telah ditipu dengan janji-janji PH seperti tol percuma dan pemansuhan PTPTN.
Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh ahli-ahli parlimen BN hari ini adalah untuk memperbaiki semula kesilapan yang telah dibuat pengundi-pengundi akibat mengundi PH.