Polis mempertahankan siasatan terhadap wartawan dalam isu kematian dalam tahanan melibatkan peniaga susu lembu, A Ganapathy ketika dalam tahanan polis Gombak.
Menjawab soalan media, Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata polis hanya mengambil keterangan kerana terdapat laporan polis dibuat.
18 Mei lalu, polis memanggil dua wartawan Malaysiakini bagi memberi keterangan berhubung tiga laporan yang memetik kenyataan keluarga Ganapathy, peguam dan MIC.