Polis siasat Fadiah bawah Akta Perhimpunan Aman

KiniTV 2018-07-12

Views 3.5K

Peguam dan aktivis hak asasi manusia, Fadiah Nadwa Fikri dipanggil polis untuk memberikan keterangannya sekali lagi, sehari selepas disoal siasat berikutan hantaran kontroversi di blognya yang mempersoalkan monarki di Malaysia.

Fadiah berkata polis merekodkan kenyataannya pada Selasa mengenai perhimpunan solidariti bagi menunjukkan sokongan kepada beliau di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.

"Sebenarnya ini memang jelas... kononnya ada ruang demokratik... penipuan semata. Polis salah guna kuasa... satu intimidasi... jelas halang rakyat seperti saya untuk nyatakan pandangan untuk saya excercise my democratic right," beliau memberitahu Malaysiakini.

Fadiah disiasat di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA), Fadiah berkata PAA perlu dikaji semula kerana pihak penganjur perlu menyediakan suatu notis 10 hari sebelum perhimpunan, yang disifatkan beliau sebagai tidak adil.

"Seksyen ini menghalang orang ramai daripada berhimpun secara aman. Jika terdapat kes yang perlukan kesegeraan, rakyat tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk berkumpul secara aman," katanya.

Semalam, polis memanggil Fadiah untuk disiasat selepas beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau berikutan mempersoalkan institusi beraja di dalam blognya bernama Malaysia Muda.

https://youtu.be/7eFXOobPRh8 - Fadiah dipanggil polis, aktivis solidariti di luar balai

Hampir 30 aktivis hadir di luar Ibu Pejabat Polis Brickfield hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Fadiah yang dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan mempertikaikan sistem beraja.

Antara NGO yang hadir iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (C4), dan Parti Sosialis Malaysia.

Share This Video


Download

  
Report form