PDRM tak campur tangan siasatan 'kartel polis', serah pada EAIC

KiniTV 2021-05-31

Views 108

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pendirian untuk tidak campur tangan dan menyerahkan siasatan berhubung isu kartel dalam PDRM - seperti dakwaan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador - kepada pihak ketiga.


Menurut Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, polis telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi mempelawa suruhanjaya itu membuat siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Bukit Aman petang tadi, apabila diminta mengulas jika beliau akan menyiasat dakwaan yang dibuat Abdul Hamid bulan lalu.

Sumber video:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/312164187045516

Share This Video


Download

  
Report form