Pihak polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Perak.
Ketua Polis Perak Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menerima laporan forensik serta perubatan pada Isnin lalu dan akan menyerahkan kertas siasatan tersebut ke Ketua Pendakwa Raya negeri untuk disemak dan seterusnya ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Exco kerajaan negeri itu terpalit dengan tuduhan rogol setelah pembantu rumahnya membuat laporan polis pada 8 Julai lalu.
Difahamkan, mangsa yang berusia 20-an itu membuat laporan polis selepas suspek didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kediaman di Meru Ipoh.
Pembantu rumah tersebut kini ditempatkan di rumah perlindungan di Kedutaan Indonesia sementara menunggu siasatan selesai.