Majlis Peguam Malaysia serta semua pengamal undang-undang diseru bertindak mengikut lunas undang-undang yang termaktub, termasuk memberi kefahaman serta pencerahan tentang undang-undang kepada masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan dukacita kerana ketika jentera kerajaan menumpukan usaha untuk memerangi Covid-19, ada pihak cuba membuat tafsiran undang-undang mengikut selera sendiri.