Mohamad Sabu (PH - Kota Raja) mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan yang melarang aktiviti berkempen secara konvensional di PRN Melaka, sedangkan negeri itu telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.
Ketika mencelah Saifuddin Nasution (PH-Kulim Bandar Baru), Presiden Amanah itu berkata kerajaan mengubah undang-undang tanpa berdasarkan peraturan berhubung Covid-19 yang sedia ada.