Lagi kes pemandu mabuk, punca kemalangan lima kenderaan

KiniTV 2021-03-23

Views 1

Seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux dalam keadaan mabuk telah menyebabkan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Mewah 2/3 Pandan Mewah, Ampang, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Ampang.


Harian Metro melaporkan, pemandu Toyota Hilux itu ditahan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman terhadapnya akan dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang esok.

Share This Video


Download

  
Report form