Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turun dari kenderaan rasmi untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim pagi tadi.
Rakaman video itu dimuat naik ke Instagram Istana Negara.
Baginda kemudian meneruskan perjalanan untuk hadir ke program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja.
Rata-rata netizen di Instagram memuji tindakan baginda yang rendah diri kerana sanggup mencemar duli meninjau mangsa kemalangan jalan raya.