FORMULA menyatukan pasangan kekasih Adam Lee dan Sweet Qismina dalam drama Bidadari Salju yang mula menemui penonton pada 15 Disember lalu nampaknya menerima maklum balas baik daripada penonton.
Bagaimanapun kata Sweet Qismina, dia mengalami sedikit kesukaran untuk beraksi bersama kekasihnya namun melihat ia sebagai cabaran seorang pelakon.
“Dalam drama ini kami bukan saja bercinta sebab pada awalnya dia ada buli saya dan saya juga ada buli dia.
“Perkara ini ada sedikit kesukaran dan ia adalah satu cabaran yang menarik,” katanya.