Sweet Qismina tak berani post foto mengada-ngada dengan Adam Lee… takut netizen annoying

mStar Malaysia 2020-11-25

Views 278

Sweet Qismina memberitahu setiap gambar bersama kekasih yang dimuat naik di media sosial miliknya sudah mendapat kebenaran daripada ibunya.

Ujar Sweet, 23, pandangan ibu harus diambil kira kerana setiap apa yang ditonjolkan menerusi media sosial akan membabitkan maruah diri dan keluarga.

“Apa yang saya nak post akan dikongsi dengan mama dulu… itu cara saya. Saya akan minta kelulusan mama dulu.

“Nak tak nak, apa yang kita tonjolkan kat orang itu umpama maruah keluarga kita juga. Mama umpama ‘mata’ untuk kawal saya di media sosial,” katanya.

Share This Video


Download

  
Report form