Pakatan Harapan Perak hari ini mendakwa bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak telah runtuh berikutan kegagalan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mendapat sokongan undi percaya hari ini.
Adun Aulong, Nga Kor Ming turut menyeru semua pihak untuk kekal tenang dan membenarkan urusan pembentukan kerajaan negeri yang baru dibuat mengikut lunas undang-undang.
"Hari ini Speaker DUN telah melalukan sesuatu yang betul dan saya menyeru Speaker Dewan Rakyat (Azhar Azizan Harun) mengambil iktibar dan mengikut teladan yang diambil oleh DUN Perak," katanya dalam sidang media Pakatan Harapan Perak hari ini.
Sumber visual: https://www.facebook.com/watch/live/?v=136206794694983&ref=search