Ketua Pemuda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menjelaskan kenyataannya bahawa 'Bersatu berjaya melahirkan dua perdana menteri' dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung tahunan parti itu Sabtu lalu bukan untuk mendabik dada.
Menurutnya, walaupun mengakui bangga dua orang perdana menteri datang dari Bersatu sedangkan usia parti tersebut masih baru, perkara itu juga menginsafkan kerana Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dipilih menjadi perdana menteri atas sokongan parti-parti lain dan juga rakyat Malaysia.
Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membidas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal itu dan menyifatkannya terlalu mendabik dada.