Demi kestabilan politik dan rakyat, Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta agar usul undi percaya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibawa dan dibentangkan di Dewan Rakyat.
Pada masa sama ahli parlimen Bagan Datuk itu mengingatkan, dalam kerjasama politik aspek kejujuran perlu diutamakan terutama apabila membabitkan kepentingan rakyat.
Memetik salah satu peristiwa dalam sejarah Islam Ahmad Zahid berkata ada yang boleh diteladani daripada Perjanjian Tahkim - yang berlangsung ekoran Perang Siffin di antara kumpulan Sayidina Ali Abi Talib dengan Muawiyah Abu Sufiyan.
Katanya dalam kerjasama politik jangan ada sebarang tipu muslihat atau orang tertentu terhutang budi kepada pihak lain.