Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memfailkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) memfailkan usul itu seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan, Konvensi Parlimen dan Peraturan 26 dan 27 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat Malaysia