Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu hari ini mendakwa isu-isu perkauman akan digunakan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) untuk mewujudkan ketegangan kaum sekiranya unit propaganda itu dikembalikan.
Beliau turut menyorot kembali kepada isu pembentukan kerajaan Melayu-Islam tanpa DAP yang dimainkan menjelang 'Langkah Sheraton' pada Februari lalu.